Walaupun hadith ini kelihatan mudah untuk diamalkan, tetapi tidak semua orang Islam memiliki hidayah dan taufiq untuk mengamalkannya setiap hari.
Atau mungkin juga sesetengah orang Islam tidak begitu tertarik untuk mengamalkannya kerana ganjaran untuk amalan ini hanyalah keberkatan? Amatlah rugi jika berfikiran sedemikian.
Bagi orang Islam, apakah ada lagi yang lebih besar dan hebat daripada ganjaran keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT di dalam hidupnya? Jika keberkatan bukanlah yang didambakan oleh orang Islam di dalam kehidupan ini, nyatalah kejahilan itu sesuatu yang membinasakan. Wal'iyyazubillah
Justeru, perbanyakkanlah kita berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan hidayah dan taufiq untuk beramal dengan baik apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW seperti memberi salam ketika ingin memasuki rumah ini. Wallahu'alam
#AkhiAdifGorment
18 October 2020
إرسال تعليق
PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.