Tazkirah Satu Minit : Siri 536
1. Berziarah atau kunjung-mengunjung adalah amalan mulia, namun ada adab dan batasannya, di antaranya ialah berkaitan dengan waktu yang dilarang oleh syariat Islam.
2. Syaikh Fu’ad Abdul Aziz menyebutkan dalam Kitab Adab beliau bahwa ada tiga waktu dilarang berkunjung iaitu sebelum Subuh, menjelang Zohor dan selepas Isyak.
3. Alasan dilarang kerana waktu tersebut adalah waktu yang biasanya digunakan untuk berehat sebagaimana waktu dilarang bagi anak yang belum baligh memasuki bilik orang tuanya.
4. Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang yang belum baligh, meminta izin kepada kamu tiga kali iaitu sebelum solat Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian di tengahari dan sesudah solat Isyak ..." (An-Nur: 58)
5. Beliau menjelaskan lagi: “Berkunjung pada tiga waktu ini tidak diragukan lagi akan mengeruhkan ketenangan pemilik rumah, mengganggu kenyamanan mereka dan akan menyebabkan mereka merasa terusik."
Afis Khaimi : Ahad, 4 Safar 1443 = 12.9.2021
Sumber:
http://t.me/tazkirah1min
إرسال تعليق
PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.