Lahir pada tahun 43 sebelum hijrah
Beliau berasal dari keturunan Habsyi dan hamba kepada Umaiyah bin Khalaf.
Golongan hamba pertama memeluk islam. Apabila tuannya mengetahui keislamannya, beliau telah disiksa dan mulutnya sentiasa menyebut "ahad, ahad". Beliau diseksa dengan tangan dan kakinya diikat, diletakkan di padang pasir yang panas terik, dan diletakkan batu besar diatas perutnya. Namun penyeksaanya tidak sedikit pun menggugat keimanannya kepada Allah SWT.
Beliau mempunyai keimanan yang mantap serta yakin dengan kekuasaan Allah SWT.
Bilal seorang yang berani mempertahankan akidahnya walaupun diseksa.
Beliau juga mempunyai sifat tanggungjawab serta ikhlas dan beristiqamah dalam sesuatu perkara.
Beliau seorang yang sabar dan tabah walaupun telah diseksa oleh tuannya.
Dilantik oleh Rasulullah S.A.W sebagai salah seorang daripada tiga orang muazin bersama Abu Mahzurah dan Abdullah Umar bin Ummu Maktum. Muazin pertama dalam Islam dan hingga kini nama Bilal menjadi panggilan bagi orang yang melaungkan Azan.
Meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah ketika berumur 63 tahun dan dikebumikan disitu.
"Keep in Touch"
"Keep in Touch"
إرسال تعليق
PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.