1. Solat Witir adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat-sangat digalakkan mengerjakannya dan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya.

2. Sabda Nabi SAW: "Solat Witir itu sangat digalakkan amalannya atas setiap orang Islam. Sesiapa yang suka kerjakan 5 rakaat, boleh dia lakukan, sesiapa yang suka 3 rakaat, boleh dilakukan dan sesiapa yang suka satu rakaat, boleh dilakukan."
3. Imam Muslim menyebutkan hadith bahawa Nabi SAW pernah solat Witir 11 rakaat, dengan memberi salam pada setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.

4. Menurut huraian para ulama', sekurang-kurang solat Witir itu ialah satu rakaat. Lebih dekat kepada sempurna dikerjakan 3 rakaat. Lebih sempurna lagi ialah 11 rakaat.

5. Masuknya waktu solat Witir ialah selepas selesai solat Isyak dan habis waktunya ialah dengan berakhirnya waktu Isyak.

Afis Khaimi : Khamis, 29 Safar 1443 = 7.10.2021

Post a Comment

PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

أحدث أقدم