1. Satu ketika, seorang lelaki yang berjanggut dua helai datang ke masjid. Ketika berwuduk, lelaki tersebut memandang Rasulullah SAW yang tersenyum padanya.
2. Lelaki itu hairan dan berfikir mungkin Rasulullah tersenyum kerana janggut di dagunya hanya ada dua helai sahaja.
3. Keesokan harinya dia mencukur janggutnya dan datang ke masjid. Apabila terserempak dengan Rasulullah, dia tersenyum tetapi Rasulullah langsung tidak memandangnya.
4. Beliau hairan lalu bertanya: “Wahai Rasulullah! Mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelumnya?"
5. Baginda SAW menjawab: "Sebelum ini, aku nampak malaikat berebut-rebut menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu. Apabila kamu mencukurnya, maka tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu."
Sayangilah janggutmu wahai kaum Adam, it's Sunnah.
Kredit: Ryezal Alqubry
Afis Khaimi : Jumaat, 23 Safar 1443 = 1.10.2021
Sumber:
http://t.me/tazkirah1min
Post a Comment
PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.