ALAMAK, KAT TITLE SAYA TULIS "HAKMILIK SEMENTARA" LAA 😰😰 MAKSUDNYA APAA? RISAU LAA.. (Ketahui ertinya)
.
Jangan terkejut atau keliru apabila kita lihat pelbagai jenis hakmilik pada geran/title. Sebenarnya perbezaan nama ni berlaku kerana terdapatnya kaitan dengan jenis pegangan, dan proses ukuran dari Jabatan Ukur. Namun hari ini mari lihat khusus pada Hakmilik Sementara.
.
BELUM DIUKUR OLEH JABATAN UKUR
👉 Kenapa ianya dipanggil Hakmilik Sementara? Jawapan mudahnya adalah kerana tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur. 
.
Selepas melalui proses ukuran akhir, ianya akan dipanggil Hakmilik akhir. Tujuan ukuran akhir ini pula adalah untuk mendapatkan ukuran muktamad keluasan satu-satu hartanah berkenaan. Dan sekiranya terdapat perbezaan ukuran, mungkin akan menyebabkan pengurangan atau penambahan kepada cukai tanah tersebut.
.
MENGENALI HAKMILIK SEMENTARA
👉Cara paling senang untuk identify hakmilik sementara adalah sudah tentu dengan lihat tajuk besar dalam geran, akan ditulis 'Hakmilik Sementara'.
.
Untuk lagi pasti, Hakmilik Sementara ini, Nombor geran akan bermula dengan HS (M) atau HS (D).
Namun untuk urusan jualbeli, bagaimana effect dia?
.
ADA MASALAH KE JUAL/BELI HARTANAH HAKMILIK SEMENTARA?
👉Tiada masalah.. Seperti dah diterangkan di atas, Hakmilik Sementara tetap dikira sebagai geran, cuma belum diukur akhir.
.
Jadi tiada masalah untuk membeli hartanah berstatus hakmilik sementara ini.
.
Namun important to note, Hakmilik Sementara ini tidak boleh lagi dibuat pecah bahagian atau pecah sempadan. Ini hanya boleh dibuat selepas dapat hakmilik akhir ke atas tanah tersebut.
.
Semoga dapat membantu melegakan sebarang kekeliruan kepada semua yang membaca.
.
Sekian
Syaz.MJ
Peguam Hartanah Anda

Sumber : FB Jual Beli Tanah Di Selangor

Post a Comment

PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Previous Post Next Post