Assalamualaikum wbt
1. DARAH TINGGI
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh
sembuhkan penyakit darah tinggi kami dan turunkan sukatan darah tinggi kami.
Ya Salaam Ya Mukmin
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"
2. KENCING MANIS
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh
sembuhkan kencing manis kami dan turunkan sukatan gula dlm darah kami.
Ya Salaam
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"
3. KOLESTROL
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan penyakit kami dan turunkan sukatan kolestrol dlm darah kami.
Ya Salaam Ya Mukmin
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"
4. GASTRIK
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah Ya Bathin
sembuhkan penyakit gastrik kami dan hilangkan toksid dlm tubuh kami.
Ya Salaam Ya Mukmin
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"
5. GOUT
"Allahumma Ya Saalam Ya Fattah Ya Muqsith
sembuhkan penyakit gout kami ini dan seimbangkan protein dan sihatkan sel2 darah dlm tubuh kami.
Ya Salaam
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"
6. PENYAKIT THYROID
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah
ssungguhnya penyembuhan itu adalah milikMu secara mutlak.
Kami hamba yg dhaif merintih kpdMu Ya Sami' Ya Mujib yg Maha Mdengar lagi Maha Mengabulkan agar Engkau sembuhkan sakit tyroid ini.
Kami yaqin Engkaulah mentakdirkan sakit ini Ya Qodir Ya Muktadir yg Maha Berkehendak lg Menentukan Takdir kerana Engkau ingin memasukkan kami ke syurgaMu. Kami redha atas setiap takdirMu.
Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin
kurniakan kami dan keluarganya hati yg kuat utk mengharungi ujianMu ini.
Ya Sobur
kurniakan kamk kesabaranMu.
Allahumma Ya Salaam Ya Fattah
kami mohon penyembuhan bg penyakit tyroid ini.
Ya Quddus Ya Jalil
bersihkan toksin2 yg ada dlm tubuhnya.
Ya Mumit
matikan kuman2 yg menjangkiti jasadnya.
Ya Mu'id Ya Salaam
kembalikan fungsi organ2 dlm tubuh kami yg telah rosak.
Sesungguhnya Engkaulah Ya Malik yg memiliki semua organ dan sistem tubuh kami.
Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'
Engkau mampu menyembuhkan dan mengembalikan kesihatan kami kerana Engkau yg Maha Mengurus, Mentadbir dan Mengatur seluruh sistem tubuh kami.
Dengan kekuasaan KUN FAYAKUN Mu, Engkau hanya berkata jadi maka jadilah, Engkau hanya berkata sembuh, maka sembuhlah..
7. STROK
"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim
kasihani kami Ya Allah, sesungguhnya sakit ini dtg dariMu sebagai takdirMu Ya Qodir Ya Muktadir buat kami agar kami ingat kpdMu dan menyebut2 namaMu. Kami redha atas takdirMu ini.
Ya Salaam Ya Fattah
hanya Engkau yg dpt menyembuhkan sakit ini.
Ya Malik Ya Malikulmulk
anggota tubuh ini milikMu, Engkau pinjamkan kpd kami seketika anggota tubuh untuk kami beribadat kpdMu.
Ya Salaam Ya Mu'id
kembalikanlah kesihatan buat kami utk kami terus beribadah kpdMu.
8. SAKIT BELAKANG
"Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir
kami redha atas ujianMu ini.
Kami insaf, sekiranya Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud kasih kpd hambaMu, Engkau akan tarik hambaMu dekat kpdMu Ya Roqib Ya Qoreeb dgn peristiwa sakit dan perbagai ujian"
"Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin
kurniakan kami jiwa dan jasad yg perkasa, kuat dan teguh utk beribadah dan berbakti.
Ya Salaam
sejahterakan roh dan jasad kami utk kami terus beribadah dan berbakti"
Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'
Engkaulah yg mengurus, mentadbir dan mengatur sistem uratsaraf dan tulang kami, letakkan tulang dan urat saraf kami kembali kpd tempat asalnya Ya Mu'id.
Ya Baathin
hilangkan persangkaan buruk dlm otak kami, padamkan perkataan sakit dlm otak kami kerana Engkau tidak pernah menyakiti kami tetapi Engkau sedang menyuci roh kami agar roh ini sentiasa suci utk mengadapMu"
9. BUANG ANGIN DLM BADAN
"Allahumma Ya Salaam Ya Fattah
bukakanlah jln bg angin keluar dari badan kami.
Sekiranya ia berpunca dari toksid, bersihkan toksid dlm tubuh kami Ya Quddus Ya Jalil.
Sekiranya ia disebabkan olh urat2 yg bersimpul, Ya Fattah Engkau bukakanlah simpulan itu.
Sekiranya ia berpunca dari kegagalan fungsi organ2 dlm tubuh kami Ya Salaam Engkau sembuhkanlah kerosakan organ2 itu.
Ya Mubdi' Ya Mu'id
kembalikan ia seperti asal"
10. PENYAKIT ANGIN PASANG
"Allahu Robbi Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami'
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang kpd kami hamba2Mu sejak kami dalam rahim ibu kami sehinggalah ke saat ini. Dengarilah doa dan rintihan kami ini.
Allahumma Ya Fattah Ya Salaam bukakanlah jalan penyembuhan bg penyakit angin pasang anak kami ....... seluas langitMu Ya Wasi'.
Ya Khofidh turunkanlah bengkak pada telur ....... anak kami,
Ya Mu'id kembalikanlah ia kepada keadaan asal dan
kekalkanlah ia Ya Baaqi' sebagaimana ciptaanMu yg azali.
Sesungguhnya semua itu mudah bagiMu semudah Engkau berfirman KUN FAYAKUN"
10. UTK LAIN2 PENYAKIT
"Allahumma Ya Baari' Ya Hamid
basahilah lidah kami utk sentiasa Memuji2Mu Ya Hamid
Kredit: Amiruddin Ahmad Tajuddin
Post a Comment
PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.