Hari ni ramai buat status BNM turunkan lagi Overnight Policy Rate (OPR). Apa bendanya OPR ni?

OPR ni ibarat panduan untuk bank di Malaysia tetapkan kadar pinjaman mereka.

Lagi rendah OPR, lagi rendah lah kadar pinjaman.

Pinjaman dengan kadar 'interest' lebih rendah.

- Sebelum OPR turun
Kadar Pinjaman Rumah : 2.00% (BR) + 1.2% = 3.2%

RM400,000 (3.2%) tempoh 35 tahun :
Bulanan : RM1585 

- Lepas OPR turun
Kadar Pinjaman Rumah : 1.75% (BR) + 1.2% = 2.95%

RM400,000 (2.95%) tempoh 35 tahun :
Bulanan : RM1528 

Jimat RM57, sikitnya. Tapi bandingkan tahun 2019, OPR dalam 3%. 

Bayangkan kalau korang pinjam tahun 2019 bulanan korang ialah RM1820. Beza dengan sekarang RM292. 

Dan ni bukan untuk yang baru nk buat pinjaman rumah sahaja. Kalau dah ada pinjaman rumah, bulanan pun akan berkurang.

Situasi ni pun akan buat kadar pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain jadi lebih rendah. 

Ni memang waktu yang sesuai untuk 'shopping'. Sesuai buat pelbagai pinjaman terutamanya rumah. 

Tapi jangan abaikan simpanan. Duit yang dapat jimat bayar pinjaman tu boleh guna untuk tambah simpanan.

Sharekan jika bermanfaat.

P/s Segala pengiraan dan contoh ialah pendapat peribadi penulis. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak dan institusi. 

Post a Comment

PENAFIAN: KuDotMy tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Previous Post Next Post